About Me

Lori milik TLDM terbakar


Slim River: Sebuah lori milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar di Kilometer 356 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, sebelum susur keluar Sungai, dekat sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihak bomba menerima maklumat dan panggilan berhubung kejadian pada 12.36 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan dibantu BBP Bidor dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah lori muatan lima tan milik TLDM sedang terbakar.

"Pihak bomba menggunakan dua aliran 'hose reel' untuk memadam kebakaran dan api berjaya dipadam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kira-kira 85 peratus lori terbabit musnah terbakar, namun kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!