About Me

Long Tiger berdepan 3 pertuduhan esok


MUAR – Selepas selesai menjalani tempoh kuarantin, seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger akan menghadapi tiga pertuduhan masing-masing di Mahkamah Majistret Tangkak dan Muar, esok.

Abdul Hamim Ab. Hamid, 35, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak bagi pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.

Difahamkan suspek juga turut berhadapan dengan pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas jenayah rogol di Mahkamah Majistret Muar.

Kosmo! pada 14 Julai lalu melaporkan Long Tiger ditahan polis itu selepas disyaki mengurung seorang bekas pekerjanya yang berusia 21 tahun.

Lelaki berketurunan Rohingya itu ditahan di sekitar daerah Muar pada pukul 9.45 malam, 11 Julai lalu dan suspek turut memiliki banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek sebelum ini terpaksa menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19.

Jelasnya, ekoran itu pendakwaan terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!