About Me

Lima buah rumah setinggan terbakar


GUA MUSANG – Lima buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di kawasan Sungai Cindai di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.21 malam sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musangke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, kebakaran itu melibatkan lima rumah setinggan dengan keluasan kebakaran 20 meter persegi.

“Seramai 12 anggota bomba bersama tiga jentera yang ditugaskan tiba pada pukul 9.23 malam berjaya mengawal kebakaran 15 minit kemudian.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu. Jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!