About Me

Lelaki tertelan berus gigi akibat mengantuk


BEIJING – Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan gastroskopi yang rumit selepas tertelan sebatang berus gigi sepanjang 15 sentimeter, lapor laman Oddity Central semalam.

Lelaki berasal dari Taizhou, wilayah Jiangsu itu memberitahu doktor dia bangun pagi untuk menjalani rutin hariannya termasuk memberus gigi sebelum bersarapan namun berasa lebih ngantuk daripada biasa.

Ketika memberus gigi yang terletak di bahagian belakang mulutnya, berus gigi tersebut telah terlepas daripada pegangannya dan meluncur masuk ke dalam tekak lelaki itu.

Dia cuba untuk menarik berus gigi itu keluar namun pemegang plastik pada bahagian berus gigi itu sangat licin hingga menyebabkan lelaki tersebut menolaknya jauh ke dalam.

Sebaik sahaja tersedar dia telah tertelan berus gigi dan mula berasa tidak selesa, lelaki terbabit bergegas ke sebuah hospital tempatan di mana doktor membuat imbasan X-ray dan mencadangkan dia menjalani pembedahan gastroskopi kecemasan.

Ketua Jabatan Gastroenterologi di Hospital Taizhou Fourth People, Wang Jianrong berkata mangsa mengambil tindakan tepat dengan datang ke hospital kerana ‘rawatan tradisional’ seperti menelan nasi atau cuka boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serisu seperti kerosakan pada oesofagus.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!