About Me

Lelaki maut, lori terjunam ke gaung


Bintangor: Seorang lelaki maut selepas lori yang sarat dengan muatan batu-bata yang dipandunya terjunam ke dalam gaung berhampiran sungai di Jalan Merurum-Julau, dekat sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Raddy Gudet, 37.

"Rakannya yang berusia 25 tahun mengalami kecederaan di kepala dan badan. Mangsa yang keluar sendiri dari lori itu dihantar orang awam ke Klinik Nanga Sekalong bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan pada 12.39 tengah hari, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat pemotong khas.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


- HMetro 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!