About Me

Lelaki mati depan rumah dipercayai dibunuh


KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh malam kelmarin dipercayai dibunuh dengan menggunakan objek tumpul.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kematian mangsa boleh dikaitkan dengan pembunuhan melalui pemeriksaan lanjut pada kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa.

Katanya, bagaimanapun, tiada sebarang penemuan senjata di tempat kejadian dan siasatan mendapati, suspek utama yang terlibat dalam kes itu dipercayai sudah melarikan diri.

“Sehubungan dengan itu, kita sedang menjalankan operasi untuk mengesan suspek. Orang ramai yang tinggal di sekitar kampung itu juga diharap dapat membantu pihak polis dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini, hari ini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!