About Me

Lelaki ditemukan mati dalam rumah


Kajang: Lelaki ditemukan mati dalam keadaan terlentang di ruang tamu sebuah rumah yang berkunci di Pangsapuri City Height Jalan Sungai Chua, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan untuk khidmat membuka pintu berkunci pada jam 9.19 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang diketuai Mohd Jaslizad Jalil dihantar ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota melakukan operasi membuka pintu rumah yang berkunci. Sebaik berjaya dibuka, pemeriksaan menemui seorang lelaki berusia 41 tahun atas kerusi di bahagian ruang tamu.

"Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dipercayai lebih empat hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, anggota dengan dibantu polis dan KKM mengusung mangsa untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi pemeriksaan lanjut dan kes diserahkan kepada polis.

Katanya, anggota kemudian melakukan operasi sanitasi di lokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 11.45 pagi.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!