About Me

Lelaki cedera ditikam di belakang badan


LANGKAWI – Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera akibat ditikam pada bahagian belakang badan dalam kejadian di kawasan penempatan Bukit Malut di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang membonceng sebuah motosikal ditunggang rakannya dibaling kayu oleh seorang lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, rakan mangsa kemudian memberhentikan motosikal sebelum suspek pergi ke arah mereka lalu mengeluarkan sebilah pisau dapur.

“Suspek berusia 27 tahun seterusnya bertindak menikam belakang badan mangsa sebanyak dua kali lalu melarikan diri. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Maliha di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, suspek berjaya ditahan penduduk kampung dan dibawa ke subtek polis PKPD Bukit Malut seterusnya tangkapan dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!