About Me

Lebih tiga jam pegang mayat rakan


KOTA KINABALU – Meskipun cedera di kepala selepas bot dinaiki dilanggar, namun seorang lelaki tetap memegang erat rakannya yang sudah meninggal dunia sambil berpaut pada bot sebelum diselamatkan nelayan di perairan antara Pulau Mamutik dan Pulau Sulug, kelmarin.

Bagaimanapun, rakannya Abdul Hasyim Onong, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran cedera parah di bahagian kepala manakala lelaki berkenaan dikenali sebagai Edhar Ahali, 35, kini menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan mendapati semua mangsa dikatakan bertolak dari rumah mereka di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya sekitar pukul 10 malam pada Rabu lalu untuk memancing di lokasi.

“Kedua-dua mangsa dikatakan bergerak pulang pada pukul 2.40 pagi. Namun sewaktu dalam perjalanan pulang, bot dinaiki mereka dilanggar dari arah belakang oleh sebuah bot lain.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke laut manakala bot yang melanggar melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mangsa yang terselamat cuba berpaut di tepi bot sambil menarik badan rakannya yang sudah meninggal dunia sehingga diselamatkan beberapa nelayan kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya, pihak polis berjaya merampas sebuah pam bot bersama enjin yang dipercayai terbabit dalam insiden itu untuk tindakan lanjut. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!