About Me

Kilang plastik terbakar


Pelabuhan Klang: Kebakaran besar dipercayai membabitkan kilang plastik di kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman yang tular di media sosial berjaya dikawal oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kebakaran terbabit kira-kira jam 9 malam tadi.

"Kita sudah kawal api daripada marak ke bangunan sebelah dan api semakin mengecil sekarang. Kerja pemadaman sepenuhnya sedang dijalankan.

"Alhamdulillah buat masa ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pekerja di bangunan itu dipercayai berjaya menyelamatkan diri," katanya.

[Berita penuh menyusul]

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!