About Me

Kes wanita didakwa dirogol rakan Adun, polis tunggu arahan TPR


Kuala Lumpur: Kertas siasatan berkaitan wanita yang mendakwa dirogol dua kenalan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, pada 5 Disember tahun lalu sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Kertas siasatan itu masih dalam tindakan pihak Timbalan Pendakwa Raya dan polis menunggu arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili wanita terbabit menghantar surat tuntut perkembangan siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.


Asheeq Ali berkata, anak guamnya akan memfailkan saman sivil di mahkamah untuk mendapatkan kesemua atau sebahagian maklumat perkembangan siasatan kes rogol itu, sekiranya polis gagal memberi maklum balas dalam masa tujuh hari bermula hari ini.

Menurutnya, tindakan kedua yang akan diambil pihaknya adalah memfailkan saman sivil membabitkan semua individu yang terbabit dalam insiden pada malam itu.

Katanya, surat tuntutan sivil pertama akan dikeluarkan minggu depan kepada semua yang terbabit dan selepas itu akan mengambil tindakan sivil di mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita membuat laporan polis pada 7 Disember tahun lalu, mendakwa dirogol rakan seorang Adun.

Bertindak atas laporan itu, polis menahan dua suspek disyaki terbabit dalam kejadian itu pada keesokannya, namun mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!