About Me

Kepala air di Gunung Jerai: Tiga selamat, seorang lagi hilang


Guar Chempedak: Tiga kakitangan Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang lagi hilang selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, seorang daripada kakitangan terbabit cedera di bahu dan dihantar ke hospital menggunakan khidmat EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.38 petang.

Katanya, mangsa yang cedera adalah Muhamad Muslim Shaari, 36, manakala dua lagi kakitangan, Muhamad Soleh Abdul Halim, 30-an, dan Muhammad Siraj Munir Muhamad Abdul Malek, 33, tidak cedera.

"Setakat ini, masih terdapat seorang mangsa iaitu Mohamad Syahruzi Muhamad, 40-an, gagal dikesan dan dipercayai masih hilang.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan kita sedang menunggu Unit STORM dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) untuk bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, kepala air di gunung itu turut mengakibatkan banjir kilat di kampung sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok dengan lebih 10 rumah dilapor rosak.

SAR turut membabitkan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA).

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!