About Me

Kematian pengawal keselamatan diklasifikasi kes bunuh


IPOH – Polis mengklasifikasikan semula kejadian pengawal keselamatan diserang seorang lelaki di sebuah kondominium tahun lalu sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah merujuk semula kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan terhadap suspek.

Menurut beliau, polis mengkelaskan semula kes tersebut untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh pada hari sama kematian mangsa yang membawa hukuman gantung sampai mati jika bersalah.

“Bagaimana pun, kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya.

“Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini bagi elak mendatangkan keresahan dan kemarahan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Media sebelum ini melaporkan, satu video tular yang memaparkan seorang pengawal keselamatan diserang lelaki dalam kejadian di sebuah kondominium di sini disahkan polis sebagai video lama.

Kejadian berlaku pada 29 Disember tahun lalu dengan suspek telah didakwa di mahkamah pada 6 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah atas bangkitan marah dan dijadualkan untuk sebutan semula pada 9 September depan.

Lelaki itu meninggal dunia di rumahnya dan laporan bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan mangsa mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru. 

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!