About Me

Kedah bangkit bedal Penang FC


Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Penang FC 4-1 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam ini.

Selepas tewas 2-4 kepada Selangor dalam perlawanan terdahulu, tuan rumah mempamerkan permainan lebih bertenaga dan menjadikan Penang FC mangsa kebangkitan.

Gol KDA FC disumbangkan menerusi dua jaringan Kipre Tchetche, Baddrol Bakhtiar dan Kpah Sherman manakala gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan David Rowley.

Pesta gol tuan rumah bermula pada minit ke-17 hasil rembatan cantik Tchetche dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gawang Sam Somerville sebelum Baddrol meledak gol kedua dari jarak dekat pada minit ke-22 selepas mendapat hantaran Tchetche.

Tchetche menjadikan kedudukan 3-0 apabila dia tenang menolak bola ke gawang lawan pada minit ke-38 selepas mendapat hantaran Sherman.

Penang FC enggan berputus asa dan akhirnya berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan David Rowley sejurus sebelum rehat.

Bagaimanapun, Sherman yang mendapat bola hantaran lintang Rizal Ghazali mematikan kebangkitan pelawat menerusi gol keempat pada minit ke-54 apabila mudah menewaskan Somerville.

Penang FC terus berusaha mencari gol kedua namun benteng tuan rumah kental bertahan dan kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!