About Me

‘Kami mula nampak titik cahaya di terowong gelap’


PETALING JAYA – Mula nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap.

Itu gambaran yang diberikan seorang petugas kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengenai keadaan terkini di hospital berkenaan yang merawat pesakit Covid-19.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi HKL, Dr. Hana Hadzrami berkata, khabar gembira itu disimpan sejak minggu lalu lagi dan menurutnya kemasukan pesakit warganegara dilihat mulai berkurang.

“Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.

“Awal Julai kami dapati kemasukan pesakit Covid-19 warganegara mulai menurun dan majoriti yang datang adalah warga asing,” katanya hari ini.

Hana berkata, rujukan pesakit daripada bahagian kecemesan kepada pasukan unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit kritikal juga semakin berkurangan.

“Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.

“Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di bahagian kecemasan. Sekarang dah nampak lantai,” katanya.

Menurut Hana, kemasukan pesakit kategori ringan juga mungkin masih ramai tetapi mereka hanya memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.

“Masih ada rujukan pesakit Covid-19 kritikal ke ICU dalam kalangan warganegara namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat.

“Ada juga pesakit Covid-19 kritikal dari kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung,” ujarnya.

Selain itu kata Hana, empat pesakitnya yang dah divaksin perlu bantuan pernafasan hanya untuk tiga ke empat hari berbanding dua ke tiga minggu pesakit lain yang tidak sempat menerima vaksin.

Katanya, pesakit tersebut pulih dengan imbasan x-ray dada yang bersih berbanding majoriti yang paru-paru rosak ataupun telah meninggal dunia.

“Jumlah pesakit ICU kami masih ramai. Hasil sebulan lepas punya kemasukan. Jumlah mereka yang kes brought-in-dead (BID) pun masih ramai. Kita belum menang lagi.

“Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid-19 kritikal di ICU hanya tiga orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka. Kita berusaha dan bertawakal. Insya-Allah vaccine works! (vaksin berkesan),” tambahnya.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!