About Me

Kakak lemas selamatkan adik


Penampang: Seorang remaja perempuan lemas selepas menyelamatkan adik bongsunya dalam kejadian di Sungai Moyog, berhampiran Kampung Kambau di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun dikatakan terjun ke sungai berkenaan selepas menyedari adiknya hanyut dibawa arus sungai.

Bagaimanapun, sebaik berjaya membawa adiknya ke tepi sungai, mangsa yang dipercayai kepenatan terus tenggelam sebelum ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.14 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga adiknya dikatakan mandi di sungai berkenaan

"Kejadian bermula apabila mangsa cuba menyelamatkan adik perempuannya yang tiba-tiba hanyut dibawa arus.

"Namun selepas adiknya berjaya diselamatkan mangsa dilihat tenggelam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, salah seorang adik mangsa terus pulang ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mereka.

Katanya, hasil daripada bantuan penduduk setempat, mangsa berjaya ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!