About Me

Juruwang pasar raya maut dalam bilik air


PORT DICKSON – Seorang juruwang wanita di sebuah pasar raya dekat sini ditemui sudah meninggal dunia di dalam bilik air sebuah rumah di sebuah pangsapuri dekat Taman Of Sisters, di sini pukul 9.31 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada unit sumber manusia pasar raya berkenaan mengenai pekerja mereka yang tidak hadir ke tempat kerja pada pagi ini.

“Kami tiba di rumah tersebut dan mendapati mangsa terkunci di sebalik pintu bilik air dan pintu berjaya dibuka oleh pihak bomba. Kami mendapati ada seorang wanita tidak sedarkan diri dalam keadaan tidak berpakaian.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pihak bomba telah menyerahkan mangsa kepada pihak Jabatan Kesihatan untuk maklumat lanjut. Mangsa dapat dikeluarkan dalam masa dalam tempoh lima minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Hairul Izam, pihak tidak menjumpai sebarang petanda sama ada mangsa terjatuh sebelum meninggal dunia.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!