About Me

Jururawat cedera, ambulans terbabas


IPOH – Seorang jururawat cedera di kaki dan badan setelah ambulans yang dinaikinya terbabas di Kilometer 285, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini.

Kemalangan itu membabitkan sebuah ambulans syarikat swasta yang dalam perjalanan dari Gopeng ke Ipoh selepas menghantar pesakit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Johari Mohammad berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 5.41 petang.

“Jururawat itu tersepit kaki kiri manakala pemandu ambulans tidak cedera.

“Pihak kami membantu mangsa menggunakan peralatan menyelamat yang mengambil masa 15 hingga 20 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.

Seramai 10 anggota dari BBP Simpang Pulai dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) terlibat dalam operasi.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!