About Me

JKM kesan waris bayi, kanak-kanak perempuan


SHAH ALAM – Waris kepada seorang bayi dan kanak-kanak perempuan dikesan selepas mereka ditinggalkan di lokasi berasingan sekitar Petaling Jaya, dekat sini.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling berkata, bayi perempuan berusia sebulan ditemui dalam kotak perlindungan bayi di Orphan Care Petaling Jaya pada 19 Julai lalu.

“Bayi tersebut ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan.

“Bayi berbangsa Cina itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah jurucakap itu, kanak-kanak perempuan iaitu Eclies Eid Damisya, 5, pula ditinggalkan penjaganya dikenali sebagai Dayang Sarina kepada pengasuhnya sejak dua tahun lalu.

“Kita sudah mendapat perintah jagaan sementara dari Mahkamah Kanak-Kanak Petaling Jaya untuk membuat siasatan dan mengesan waris bagi kedua-dua mereka,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/2587. 

– K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!