About Me

Jangan ubah, rosakkan penghadang jalan


PUTRAJAYA – Tidak bertanggungjawab dan cuba mencabar undang-undang. Itu yang dapat disimpulkan terhadap tindakan individu yang merosakkan penghadang jalan di Jalan 14J, Kawasan Perindustrian Presint 14, di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz menasihati orang ramai agar tidak mengubah, mengalih atau merosakkan mana-mana penghadang jalan yang telah dipasang kerana ia bertujuan menyekat pergerakan keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 434 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membinasakan atau mengalih tanda yang dipasang oleh pihak berkuasa awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Maklumat dan aduan boleh disalurkan menerusi talian hotline 03-8886 2145 dan aplikasi WhatsApp di talian 019-381 5043. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!