About Me

Ismail Sabri diumum Perdana Menteri ke-9


Kuala Lumpur: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Ucapan tahniah atas perlantikan itu dimuat naik Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Facebook (FB) sebentar tadi.

"Tahniah YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

"Saya sebut beberapa hari lepas, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan.

"Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis #Covid19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat," katanya hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) memberi jaminan akan membantu Ismail Sabri atas apa juga kapasiti demi kepentingan negara.

"Selamat menjalankan amanah Dato' Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!