About Me

‘Ingat Tun M bergurau nak beli ikan laga’


PETALING JAYA – Seorang remaja tidak menyangka bisnes ikan laga yang diusahakannya berjaya menarik minat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membeli ikan peliharaan itu.

Kisah itu kemudian tular di media sosial selepas Tun Mahathir berkongsi gambar dan nota mengenai ikan laga yang dibelinya.

Remaja terbabit, Cheng Jia Yung, 17, berkata, dia pada mulanya menyangka dan menganggap ia sekadar gurauan, sehinggalah diberikan alamat di Langkawi oleh seorang pegawai kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Pada mulanya ingatkan ia bergurau sahaja, pegawai itu kata Tun M nak beli ikan, jadi saya macam tidak percaya.

“Tetapi selepas dia menghantar gambar Tun M sumpah saya dah tak tau nak kata apa dan memang gembira, sangat teruja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Jia Yung, dia sebenarnya tidak tahu kisahnya tular sehingga menerima banyak tempahan daripada orang ramai yang ingin membeli ikan laga yang diusahakan bersama abang.

“Sejak dari semalam dan sehingga hari ini, saya banyak menerima tempahan ikan laga daripada orang ramai sehingga tidak sempat membalas mesej pelanggan di WhatsApp.

“Harga jualan ikan laga dijual sekitar RM10-15 dan harga itu dianggap sangat murah di dalam pasaran,” katanya.

Sehingga kini, ciapan tersebut meraih lebih daripada 5,410 ulang kicau dan 16 ribu tanda suka di laman sosial Twitter miliknya 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!