About Me

‘Ikan duyung’ berenang di dalam air banjir


LONDON – Seorang lelaki di Glasgow, Scotland terkejut apabila melihat kelibat seekor ‘ikan duyung’ berenang ketika banjir mengenangi bandar tersebut, lapor laman berita Mirror UK semalam..

Ikan duyung yang dilihat lelaki itu, lGavin Millar sebenarnya ialah seorang wanita yang memakai kostum ikan duyung berwarna biru terang. Dia berenang di dalam air banjir hadapan sebuah bangunan flat di situ. 

Banjir besar melanda Glasgow apabila sistem perparitan melimpah selepas hujan lebat turun sepanjang hujung minggu lalu.

Pemandangan luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat menyebabkan jalan-jalan di sekitar Glasgow ditenggelami air.

Pemandu diminta untuk berhati-hati ketika berada di jalan raya, manakala laluan kereta api juga mengalami gangguan.

Sebahagian besar Scotland dilanda cuaca buruk yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Namun, musim panas kali ini adalah lebih hangat dan kering berbanding biasa di sebahagian besar Britain.

“Kami menyaksikan banyak laporan berkenaan banjir dan oleh sebab itu, ia dianggap sebagai musim panas yang buruk,” kata pegawai Pejabat Metereologi, Becky Mitchell.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!