About Me

Identiti tiga mangsa rentung belum dapat dibuktikan


GEORGE TOWN – Usaha pengecaman mayat tiga individu yang rentung di dalam kereta jenis Toyota Vios yang terlibat kemalangan jalan raya di Jalan Masjid Negeri di sini awal pagi Isnin lalu tidak dapat dibuktikan biarpun tiga keluarga tampil mendakwa waris mangsa semalam.

Mereka hadir bagi membuat pengecaman mayat di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika urusan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit dijalankan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, pengecaman mayat tidak dapat membuktikan mereka yang hadir itu merupakan waris mangsa disebabkan barang peribadi yang diperolehi daripada ketiga-tiga mayat adalah tidak mencukupi.

“Ia juga berikutan tiada ciri-ciri pengenalan khas pada kesemua mangsa yang boleh membantu pengecaman.

“Pihak forensik telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada setiap individu yang mendakwa waris si mati untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan identiti,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Soffian berkata, hasil bedah siasat mendapati ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat terbakar.

Menurutnya, mayat mangsa ketika ini disimpan di dalam bilik peti sejuk Jabatan Forensik sehingga pengesahan DNA mayat diperolehi sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Kosmo! Online Isnin lalu melaporkan tiga individu rentung dalam kebakaran kereta Toyota Vios yang hangus dijilat api selepas dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri di sini kira-kira pukul 2.50 pagi. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!