About Me

'Hero' selamatkan lima beradik suka keluar berdakwah bersama bapa


Kluang: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang menyelamatkan enam adiknya daripada kebakaran rumah di Taman Suria Mas di sini, Jumaat lalu, dikatakan suka mengikut bapanya berdakwah.

Dalam kejadian 7.50 malam itu, Mohamad Putra Zaefrul Mohamad Zairul mendukung adik lelaki bongsunya berusia tujuh bulan dan mengarahkan empat yang lain berusia dari tiga hingga sembilan tahun berlari keluar dari rumah sewa mereka ketika kebakaran berlaku.

Kejadian sama juga menyingkap hikmah tersendiri apabila naskhah al-Quran dan kitab hadis di bilik solat di tingkat atas kediaman itu, ditemukan masih elok dan tidak terbakar, meskipun kebakaran dikatakan bermula dari situ.

Mohamad Zairul Jenal, 31, berkata, setiap kali selesai solat berjemaah di rumah, anaknya itu sering mengetuai bacaan hadis, selain rajin keluar bersamanya berdakwah.

"Saya akan keluar tiga hari apabila mendapat 'seru' (berdakwah) dan setiap kali itulah Putra (nama panggilan Mohamad Putra Zaefrul) beriya mahu ikut dan saya akan membawanya," katanya.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Johor Datuk Mohd Fadel Alwi yang menyampaikan sumbangan peribadi, di sini, semalam.

Menyingkap kejadian semalam, Mohamad Zairul berkata, kebakaran bermula dari bilik solat di tingkat atas kediaman itu yang turut menempatkan buku dan peralatan sekolah anaknya.

Menurutnya, kebakaran itu dipercayai berpunca akibat litar pintas dan menyebabkan api menyambar langsir sebelum merebak dengan pantas.

Katanya, dia reda dengan kejadian itu kerana percaya ada hikmah di sebaliknya dan kini dia dalam proses untuk menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan termasuk menyewa rumah lain,"

"Saya juga bersyukur dan terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak yang tidak putus memberikan kata semangat dan bantuan termasuk makanan dan minuman serta kewangan kepada saya sekeluarga," katanya yang juga peniaga burger.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, ketika kejadian Mohamad Zairul dan isteri serta anak perempuan berusia 11 tahun berada di gerai menjual burger yang diusahakannya kira-kira tiga kilometer dari rumah.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!