About Me

Empat sekawan didakwa bunuh rakan


Kulai: Seorang wanita dan tiga rakan lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki yang juga rakan mereka, 16 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohd Hafize Mohamad Kassim, 36, Noorhaszieda Hasan, 32, Awalludin Abdul Hamid, 54, dan Tan Wei Cong, 25, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari keempat-empat tertuduh yang juga penganggur itu.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama-sama berniat menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 46 tahun di sebuah rumah di Taman Tan Yoke Fong, di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 7 pagi hingga 9.45 malam pada 16 Ogos lalu.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberi kepada semua tertuduh.

Majistret menetapkan tarikh sebutan semula kes 5 Oktober nanti bagi menunggu laporan bedah siasat.

Pada 16 Ogos lalu media melaporkan, Noorhaszieda mendakwa mangsa memasuki rumahnya di Jalan Tan Yoke Fong ketika dia sedang tidur pada 8.30 pagi sebelum wanita itu menghubungi rakannya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow dilaporkan berkata, lelaki itu dipukul sehingga parah dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), jam 9.45 malam, hari yang sama.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!