About Me

Empat pengamal perubatan tradisional disaman RM1 juta


KOTA BHARU – Seorang suri rumah akan membuat tuntutan saman malu masing-masing sebanyak RM1 juta terhadap empat individu yang telah menuduhnya melakukan sihir dan mengamalkan ilmu hitam.

Rozita Ramli, 43, akan mengemukakan saman itu terhadap empat lelaki yang juga pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis.

Rozita berkata, keempat-empat lelaki itu membuat tuduhan ketika siaran langsung Facebook dan YouTube mereka awal bulan ini sekali gus memberi tekanan kepada keluarganya.

“Tuduhan yang dikeluarkan empat individu itu sehingga menyebabkan ramai pihak turut memaki hamun dan menyalahkan saya tanpa usul periksa.

“Saya juga dituduh melakukan sihir terhadap adik-beradik sendiri sehingga dikatakan ilmu itu berbalik kepada kami sekeluarga yang menyebabkan hubungan menjadi renggang.

“Ada individu membuat laporan polis menuduh saya menipu dengan mengutip sumbangan untuk rawatan anak perempuan yang mengalami penyakit misteri dan anak lelaki yang menderita buah pinggang kronik,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini petang semalam

Tindakan saman malu itu dilakukan menerusi Tetuan Hariz Syakinah & Co dengan melantik Muhammad Hariz Md. Yusof sebagai peguam.

Tambah Rozita, dia mengambil tindakan saman malu itu sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan selain mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya.

Sebelum ini, tular video empat orang lelaki dipercayai pengamal perubatan tradisional sedang merawat anak perempuan Rozita berusia 15 tahun di media sosial.

 -K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!