About Me

Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan


KULIM – Empat lelaki maut dalam tiga kemalangan berasingan yang berlaku selang beberapa jam di daerah ini pada malam semalam dan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kejadian pertama berlaku di Jalan Merbau Pulas – Sungai Karangan berhampiran kawasan Bukit Chong kira-kira pukul 7.20 malam semalam membabitkan sebuah motosikal dan lori.

“Kejadian mengakibatkan penyelia ladang, Zakaria Saad, 53, yang menunggang motosikal jenis Honda C100 maut di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori dipandu lelaki berusia 28 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian kedua berlaku di Jalan Bukit Kukus kira-kira pukul 10.59 malam semalam apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki dua lelaki terbabas lalu merempuh tiang elektrik.

“Kereta dinaiki mangsa, M. Tamese, 27, dan N. Moogan, 25, yang merupakan pekerja kilang itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tiang elektrik menyebabkan kedua-duanya yang parah pada kepala maut di lokasi kejadian,” ujarnya.

Menurutnya, kejadian ketiga pula melibatkan kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta Perodua Kancil di Jalan Paya Besar kira-kira pukul 1.05 pagi semalam berhampiran Taman Kuchai.

“Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal jenis Yamaha LC 135, A. Divyenraj, 24, yang bekerja sebagai penjaga stor maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun,” tambahnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!