About Me

Emma Akma selamat dibedah, buang ketumbuhan dalam perut


Kuala Lumpur: Pelakon Emma Akma, 52, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perutnya di Institut Kanser Negara (IKN), sekitar jam 4.30 petang, hari ini.

Berita itu dikongsikan suaminya Mohd Anas Abd Razak atau Anas, 37, yang turut memaklumkan bersyukur segala urusan berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah pembedahan sudah berjaya. Isteri (Emma) pun sudah dipindahkan semula ke wad dan dia berada dalam keadaan baik-baik saja.

"Memang besar sangat tumor (ketumbuhan) yang dikeluarkan itu. Isteri ada juga mengadu rasa sakit memandangkan ini pertama kali dia menjalani pembedahan.

"Buat masa ini, saya belum dapat berjumpa doktor untuk bertanya lanjut sebarang perkembangan lain. Apapun, jutaan terima kasih buat semua yang ambil berat dan mendoakan isteri saya," katanya.

Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus dimasukkan ke IKN pada Jumaat lalu selepas menjalani pemeriksaan beberapa kali untuk kanser perut dihidapinya.

Terdahulu, dia tampil merayu bantuan orang ramai selepas disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan cyst sebesar saiz bola sepak. Emma buntu kerana pembedahan segera ketumbuhan itu memerlukan kos sebanyak RM50,000.

Menurutnya, dana itu diperlukan kerana pembedahan perlu dilakukan secepatnya di hospital swasta. Ia kerana ketumbuhan itu dikhuatiri akan pecah dan boleh membawa maut.

Rintihan Emma itu ternyata mendapat perhatian luar biasa apabila dalam tempoh beberapa hari, jumlah sumbangan diperlukan sudah berjaya dikumpul. Tidak berlengah, dia terus mendapatkan temu janji pembedahan di IKN.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!