About Me

Elisya Sandha sah bergelar isteri, menantu Sheila Rusly


Kuala Lumpur: Pelakon Elisya Sandha mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat bernikah dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, pada petang, hari ini.

Elisya, 22, atau nama sebenarnya Nur Elisya binti Hassan berkata, Allah adalah sebaik-baik perancang.

"Allah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah," katanya ringkas.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu turut disaksikan saudara mara dan rakan terdekat menerusi secara dalam talian.

Ia berdasarkan perkongsian Elisya juga adik kepada pelakon Fasha Sandha di Instagram Story.

"The Effort. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan," katanya.

Terdahulu, jurusolek artis terkenal Datuk Alha Alfa menerusi perkongsian di Instagramnya, memuat naik gambar Elisya berpakaian serba putih untuk majlis bersejarahnya itu.

"Makeup nikah for my luvly adik Elisya Sandha hari ini, touch diinspirasikan look-look dari Timur tengah sikit. Thanks dear for having me," tulisnya.

Pasangan itu bertunang pada 31 Januari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!