About Me

Dua beradik maut kemalangan motosikal


Alor Gajah: Dua adik-beradik lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Air Tanai, Ayer Pa'abas di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan pada 9.15 malam itu menyebabkan Zahrul Fitri Amer, 15, dan adiknya, Afiq Wafiy Amer, 4, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-duanya yang tinggal di Taman Kebaya, Kampung Paya Datok di sini keluar menaiki motosikal milik bapa mereka untuk ke kedai berhampiran.

"Bapa mangsa memaklumkan polis bahawa kedua-dua anaknya itu tidak memakai topi keledar.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi Zahrul Fitri dari arah Alor Gajah menghala ke Ayer Pa'abas itu terbabas ketika tiba di tempat kejadian lalu melanggar tembok batu di sebelah kiri jalan terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arshad berkata, mayat dua beradik itu dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kemalangan berkenaan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!