About Me

Ditetak ketika cari pencuri Murai Cerek


Bachok: Lelaki yang cuba mencari pencuri burung miliknya parah ditetak tiga lelaki di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus, Kampung Pauh Jabit, Tawang, di sini hari ini.

Mangsa berusia 42 tahun putus ibu jari kanan, luka di atas kepala, betis kanan dan lutut kiri.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 5.35 petang dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang suspek dikenali Jiji dan Jimi, manakala seorang lagi belum dikenal pasti.

"Rakan mangsa memaklumkan sebelum kejadian, dia menemani mangsa mencari lelaki bernama Farid yang dikatakan mencuri burung Murai Cerek milik mangsa.

"Mangsa mencari Farid di rumah Jiji yang didakwa tempat dia selalu melepak, namun orang dicari tiada di situ dan berlaku pergaduhan antara mereka sebelum mangsa diserang," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa dipercayai diserang dengan golok dan pedang dan dia dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan.

Mohamad Ismail berkata, pihaknya mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat segera, sementara kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!