About Me

Dikurung, dirantai 2 bulan


Kajang: Dikurung dan dirantai selama dua bulan. Itu dilalui lelaki warga Myanmar yang juga ejen menghantar migran untuk pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan.

Difahamkan lelaki berusia 26 tahun itu dirantai oleh kira-kira 19 rakan senegara selepas mendakwa ditipu oleh individu berkenaan kerana gagal membawa mereka pulang ke negara asal.

Semua migran berkenaan sudah membayar antara RM3,000 hingga RM4,000 seorang kepada ejen terbabit untuk pulang ke Myanmar.

Namun, selepas empat bulan dikumpulkan di sebuah rumah transit di Taman D' Impian, Balakong, mereka gagal dibawa pulang.

Ia menyebabkan kumpulan warga asing berkenaan naik marah dan bertindak merantai ejen terbabit.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kegiatan berkenaan terbongkar selepas serbuan dilakukan pihaknya hari ini, hasil risikan selama dua minggu.

"Dalam serbuan pada jam 2 petang itu, kami menahan 18 migran warga Myanmar berusia 26 hingga 44 tahun.

"Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang juga ejen menyediakan rumah transit dan seorang lagi lelaki Myanmar yang berperanan sebagai penjaga rumah berkenaan," katanya hari ini.

Beliau berkata, ada di antara warga asing itu sudah tinggal di rumah transit berkenaan selama empat bulan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mereka dikumpulkan dari seluruh negara sebelum dibawa pulang melalui jalan yang tidak diwartakan.

"Difahamkan mereka ini menggunakan laluan utara tanah air untuk pulang ke negara asal mereka, namun disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan pergerakan mereka," katanya.

Difahamkan, ejen yang dirantai berada dalam keadaan sihat dan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!