About Me

DBKL sita tapak peniagaan disewakan kepada warga asing


PETALING JAYA – Padah menyewakan tapak perniagaan kepada warga asing untuk berniaga akhirnya kawasan berkenaan disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Itu tindakan diambil DBKL ke atas seorang peniaga yang diberikan lesen Wilayah Bebas Berniaga (WBB)- (KL Prihatin) di Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa.

Menurut DBKL, tindakan tersebut diambil selepas pemilik lesen yang merupakan warga tempatan didapati telah menyewakan tapak niaga kepada warga Myanmar dengan kadar sewa RM30 sehari.

Kata DBKL, pihaknya mendapati lesen yang dikeluarkan telah tamat tempoh dan dikatakan dalam proses permohonan semula.

“Sehubungan itu, tindakan sita telah diambil terhadap peralatan perniagaan dan notis kompaun di bawah UUK 3 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 telah dikeluarkan.

“Pemantauan sepanjang tempoh lima hari mendapati, pemilik asal tidak menjalankan perniagaan dengan pelbagai alasan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah DBKL, kesemua barangan sitaan telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong Cheras.

Pada masa sama, DBKL menasihatkan semua peniaga yang memperolehi kebenaran lesen supaya tidak menyalahgunakan lesen yang telah diberikan.

Jelas DBKL, lesen itu dikeluarkan hanya kepada warga tempatan yang layak oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan oleh DBKL terhadap pelesen WBB ini dilaksanakan dari semasa ke semasa selagi mana kebenaran ini berkuatkuasa.

“Warga kota disaran untuk terus memberi kerjasama dan maklumat kepada DBKL bagi menangani aktiviti ini secara dalam talian di: adukl.dbkl.gov.my,” jelas DBKL.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!