About Me

Datuk Bandar direman 3 hari


Johor Bahru: Seorang Datuk Bandar direman tiga hari mulai hari ini sehingga Jumaat ini, bagi siasatan kesalahan menerima rasuah.

Arahan reman itu dibenarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim di sini, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan hari ini.

Terdahulu, pegawai kanan kerajaan Johor yang berusia 60 tahun itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira 9 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga.

Semalam, SPRM Johor dilaporkan menahan pegawai kanan kerajaan itu kira-kira 3 petang di Pejabat SPRM Johor.

Suspek yang kini bertugas sebagai Datuk Bandar di sebuah lagi PBT negeri ini ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah yang sedang dijalankan ketika menjawat jawatan Datuk Bandar di sebuah lagi PBT negeri ini.

Hasil siasatan awal yang dijalankan SPRM, mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakan di bawah kendalian sebuah PBT sewaktu beliau menjadi Datuk Bandar di majlis bandaraya berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) ASPRM 2009, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!