About Me

Dalang judi laga ayam diberkas


KOTA TINGGI – Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia berjaya ditangkap di sebuah pondok kayu di Felda Bukit Waha di sini bersama 16 ekor ayam yang digunakan untuk bermain sabung judi ayam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kesemua lelaki berusia 25 hingga 59 tahun itu diberkas kira-kira pukul 10 malam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi.

“Pihak polis juga telah merampas 13 ekor ayam kampung, tiga ekor ayam laga, wang tunai RM488 dan juga barang- barang yang digunakan sebagai persediaan laga ayam.

“Kesemua suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri direman selama 14 hari sehingga 28 Ogos untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) ARJT 1953, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya kes juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam sebatan. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!