About Me

Cari bapa kandung


Ampang: Seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 18 September depan berharap dapat menemui bapa kandung untuk menjadi wali pernikahan selepas usaha menjejaki lelaki itu sejak beberapa bulan lalu gagal.

Bapanya yang dikenali sebagai Othman Wateg, 59, sudah bercerai dengan ibunya, Suna Embun, 57, kira-kira lapan tahun lalu sebelum berpindah ke Thailand dan mendapat kerakyatan negara jiran itu.

Norsimawati Othman, 26, berkata, usaha mengesan bapanya lebih sukar akibat keadaan pandemik ketika ini yang tidak membenarkan pergerakan merentas negeri atau negara.

"Bapa sudah menetap di Thailand dan menjadi warga negara itu. Kali terakhir saya berjumpa dengannya kira-kira tiga tahun lalu di Pattani sebelum bapa gagal dihubungi.

"Kami berjaya mengesannya melalui kenalan di laman sosial menyebabkan kami mengunjunginya di sana.

"Difahamkan bapa menukar namanya sebagai Laji Waenuseng dan berkahwin dengan wanita Thailand," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, kakak dan adiknya juga mungkin akan mengalami masalah sama jika mereka ingin berkahwin nanti.

"Sehubungan itu, saya meminta kepada sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi bapa supaya menghubungi saya di talian 013-9594398 supaya urusan perkahwinan saya atau adik beradik lain akan dipermudahkan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!