About Me

Bunuh jiran gara-gara bincang isu tampar anak


BERUAS – Seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam satu pertelingkahan berpunca daripada tindakan suspek menampar anak mangsa di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 40-an maut di tempat kejadian akibat ditetak dengan parang dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata siasatan awal mendapati suspek telah menampar anak mangsa sebelum insiden itu berlaku.

“Berikutan itu, mangsa telah datang ke rumah suspek untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun difahamkan berlaku pertelingkahan antara mereka,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Nor Omar berkata, suspek yang juga berusia 40-an berjaya ditahan pada hari sama di rumahnya dan polis turut merampas sebilah parang dari rumahnya yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!