About Me

Budak mati lemas ketika tunggu bapa jala ikan


KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak ditemui lemas selepas dia dilaporkan hilang selama dua hari ketika sedang menunggu bapanya menjala ikan di Sungai Galas, Kampung Jenal dekat Dabong di sini Sabtu lalu.

Mangsa, Che Mohamad Zarith Adrian Che Mohamad, 9, ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia bermandi-manda bersama abangnya kira-kira 6.10 petang semalam selepas dihanyutkan arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Mohd. Zarami Ibrahim berkata, mangsa ditemui oleh seorang penduduk kampung ketika membantu operasi mencari bersama polis dan bomba yang menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa kira-kira pukul 1.56 tengah hari Sabtu lalu.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa bersama abangnya yang berusia 10 tahun mandi di kawasan sungai itu sementara menunggu bapanya, Che Mohamad Abdullah, 52, menjala ikan kira-kira 10 meter dari kawasan dia dikhuatiri lemas.

“Sebelum kejadian, mangsa dan abangnya mengikut bapa mereka menoreh getah. Selesai menoreh, bapa mangsa yang juga nelayan darat singgah di sungai berkenaan untuk menjala ikan.

“Mangsa telah meminta izin untuk mandi di sungai itu, namun bapanya melarang kerana air sungai keruh dan dalam. Tidak sempat bapanya menebar jala, abang mangsa datang memaklumkan bahawa adiknya sudah lemas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zarami, sepanjang dua hari operasi mencari, sebanyak 20 buah bot penduduk dan beberapa buah bot bomba, polis serta Angkatan Pertahanan Malaysia telah terlibat.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Suprintendan Suzaimi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu semalam.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!