About Me

Bot terbalik dipukul ombak, warga emas lemas


Miri: Lelaki warga emas lemas manakala anak lelakinya terselamat selepas bot jenis fiber yang digunakan keduanya bagi mencari hasil laut terbalik dipukul ombak kuat dalam kejadian di kawasan 11 batu nautika dari barat daya Kuala Miri, tengahari tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Md. Fauzi Othman berkata, pihaknya menerima makluman berhubung insiden berkenaan pada jam 12 tengahari dan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri pergi ke lokasi kejadian dengan menggunakan Bot Kilat 42 bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan APMM mendapati anak mangsa iaitu Semido Sadan, 56, sudah diselamatkan oleh nelayan tempatan sementara mayat ayahnya, Sadan Seman, 87, ditemukan di kawasan berhampiran.

"Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat," katanya.

Sadan berkata bot dinaiki mereka terbalik namun dia bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan dan terapung selama 45 minit sebelum diselamatkan.

Namun katanya, Semido pula dibawa arus deras sebelum ditemukan lemas.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!