About Me

Bot langgar boya, seorang hilang, 3 selamat


Langkawi: Lelaki dikhuatiri hilang, manakala tiga rakannya terselamat selepas bot gentian kaca yang dinaiki terlanggar boya di perairan Pulau Lalang di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang hilang dikenali Mohamad Ewandi Husnan, 22, manakala tiga rakannya berusia antara 18 hingga 53 tahun diselamatkan oleh bot nelayan tempatan.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian itu.

"Difahamkan, bot gentian kaca dinaiki empat lelaki itu dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan sebelum terlanggar boya pada kedudukan 0.5 batu nautika Selatan Pulau Lalang.

"Akibat impak perlanggaran yang kuat, keempat-empat lelaki terbabit tercampak ke laut ketika bot masih bergerak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, seorang daripada mangsa patah hidung, dan dihantar oleh bot nelayan tempatan ke pangkalan nelayan Kampung Sungai Menghulu.

Katanya, usaha mencari mangsa yang hilang turut disertai Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta komuniti nelayan.

Beliau berkata, bot yang dinaiki mangsa dilaporkan bergerak tanpa pengemudi sebelum ditemui tersadai dalam belukar di Pulau Lalang pada 12.20 tengah hari.

"Operasi SAR ditamatkan pada 7.30 malam hari ini kerana keadaan gelap dan akan disambung 7 pagi esok.

"Kami mengingatkan komuniti maritim agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk dan jika keadaan mendesak, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!