About Me

Beri alasan berenang mahu ke Mekah


GEORGE TOWN – Mahu berenang pergi ke tanah suci Mekah.

Itu alasan yang diberikan seorang lelaki yang diselamatkan selepas ditemui di perairan negeri ini di atas pelampung gabus styrofoam oleh pihak berkuasa semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mangsa sebelum itu telah terjun ke dalam laut di Jeti Tanjung City Marina di sini sebelum diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki berusia 28 tahun tersebut merupakan individu sama dalam kejadian yang dilaporkan sebelum ini yang mahu pergi ke Seberang Perai.

“Kali ini, alasan yang diberikan adalah untuk berenang pergi ke tanah suci Mekah.

“Pihak polis telah membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan penilaian tahap kesihatan mental, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Soffian berkata, lelaki itu kini ditempatkan di Wad Psikiatrik, Jalan Perak di sini bagi rawatan lanjut.

Dalam kejadian pada 12 Julai lalu, lelaki tersebut telah diselamatkan pekerja Penang Port Sdn. Bhd. di kawasan sama selepas terjun ke dalam laut dan memberi alasan untuk berenang menyeberang ke Seberang Perai bagi berjumpa rakannya.

Hasil penilaian pihak hospital sebelum ini juga mendapati dia tidak mengalami sebarang masalah mental serta telah diambil oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana ketagihan dadah yang serius.

Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang lelaki didakwa membuat percubaan kedua melakukan rentas daerah dari bahagian pulau di negeri ini ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus semalam.

Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira 1 meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.

Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!