About Me

Anggota tentera wajib terima vaksin


PETALING JAYA- Mana-mana anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin Covid-19 boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib berikutan melanggar perintah tetap.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, sebagai anggota tentera, pengambilan vaksin adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan.

“Bagaimanapun, suntikan itu dikecualikan kepada mereka yang tergolong di dalam kumpulan yang tidak layak untuk menerima vaksin.

“Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap,” katanya hari ini.

TDM berkata demikian sebagai mengulas laporan diterbitkan di salah sebuah media bertajuk ‘Sarjan
tentera dipecat kerana tolak vaksin Covid-19, hilang pencen’melibatkan Sarjan Wan Ramly Wan Seman.

Menurutnya, pengambilan vaksin di dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota hidup secara berkelompok.

“Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan turut berdepan ancaman Covid-19.

“Sehubungan itu, adalah wajar untuk kesemua anggota TDM mengambil vaksin bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota tetapi menjangkiti keluarga,” tegasnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!