About Me

Anggota Rela didakwa bunuh jiran


Marang: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang menembak mati jirannya menggunakan senapang patah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang hari ini, atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Ong Chow Lee, 56, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Fong Swee Fuan, 65, di sebuah bangsal di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang, jam 1.55 tengah hari pada 23 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dipercayai menggunakan senapang patah di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang.

Mangsa yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang yang cedera di dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!