About Me

Anggap Covid-19 syaitan, penduduk jalankan ritual bakar pelitup muka


JAKARTA – Sekumpulan pendeta dan masyarakat di Kepulauan Papua, Jawa Barat dilaporkan mengadakan satu ritual membakar pelitup muka beramai-ramai menerusi rakaman video yang tular di media sosial.

Menurut laporan Suara.com, tindakan tersebut dibuat bagi membuktikan prinsip mereka yang tidak percaya akan kewujudan Covid-19 dan keberkesanan vaksin yang diedarkan pemerintah.

Menerusi keterangan video, salah seorang penduduk Papua mendakwa masyarakat di situ tidak pernah menutup rumah ibadat atau gereja sepanjang berlangsungnya perintah darurat seperti yang diarahkan oleh Presiden Joko Widodo.

“Kami, masyarakat Papua sama sekali tidak percaya pada Covid-19 atau vaksin yang sedang disuntik kepada penduduk Indonesia.

“Ini kerana Covid-19 adalah buatan manusia dan bukan ciptaan Tuhan. Covid-19 adalah syaitan dan kami jalankan ritual ini untuk membakarnya,” laung individu itu dalam video berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, kerajaan Indonesia sedang cuba memujuk masyarakat di pulau itu untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan melancarkan kempen vaksinasi dan menghantar petugas kesihatan di setiap daerah di sana.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!