About Me

Anak jumpa bapa meninggal dunia dalam kenderaan terbakar


Melaka: Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam kenderaannya yang terbakar di Taman Pokok Mangga, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada 8.25 pagi ketika Md Lela Othman, 51, yang juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikatakan hendak ke tempat kerjanya di Ayer Keroh.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian disedari anak lelakinya apabila terlihat kenderaan Proton Exora bapanya terbakar di bahagian belakang kemudian dia bergegas keluar.

Beliau berkata, pada 8 pagi, lelaki berkenaan ada mengadu sakit dada sebelum keluar untuk menghidupkan enjin kenderaannya yang diletakkan di hadapan rumah.

"Anaknya yang melihat kenderaan itu dipenuhi asap serta terdapat api di bahagian belakang membawa bapanya keluar dan ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri.

"Pasukan perubatan yang tiba pada 8.50 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tiada kesan melecur atau terbakar di bahagian badan mangsa dan polis tidak menemui kesan unsur jenayah.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!