About Me

Ambulans terbabas elak binatang melintas


Ipoh: Seorang petugas kesihatan cedera dalam kemalangan apabila ambulans yang dinaiki terbabas di Jalan Tambun, di sini, selepas cuba mengelak binatang melintas jalan raya, malam ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 8 malam melaporkan insiden itu sebelum polis ke lokasi membuat pemeriksaan.

Beliau berkata, mangsa, berusia 40 tahun yang duduk di kerusi bahagian hadapan cedera manakala pemandu ambulan berkenaan berusia 55 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati ambulans itu dalam tugas dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hendak pergi ke Kampung Melayu, Batu 8 mengambil pesakit untuk dihantar ke Hospital Sungai Siput.


"Apabila sampai di lokasi, ambulans mengelak seekor binatang yang melintas jalan mengakibatkan pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga naik di pembahagi tengah jalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas sejauh 60 meter lalu jatuh masuk ke longkang tepi jalan," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Katanya, tiada kenderaan lain terbabit dan tidak menyebabkan kerosakan harta awam tepi jalan.

"Kemalangan berpunca daripada cuba mengelak binatang dan pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!