9 termasuk kanak-kanak terperangkap di kawasan lombong


Sepang: Sembilan individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap ketika memancing di kawasan lombong berhampiran Jalan Sungai Melur, di sini, hari ini, berjaya diselamatkan pihak bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.28 malam.

"Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat sembilan individu membabitkan enam lelaki serta dua wanita berusia antara 30-an hingga 40-an dan seorang kanak-kanak lelaki berusia antara 11 tahun memancing di kawasan lombong berkenaan.

"Difahamkan mereka terperangkap akibat laluan masuk dinaiki air dianggarkan tiga meter," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihak bomba dengan bantuan orang asli tiba ke lokasi mangsa dengan akses berlainan.

"Semua mangsa didapati dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Operasi menyelamat sedang dijalankan melalui jalan darat," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!