About Me

74 jenazah Covid-19 dikebumikan di Raudhatul Sakinah kelmarin


PETALING JAYA- Sebanyak 74 jenazah Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur kelmarin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa wabak disemadikan di situ seramai 2,306 jenazah setakat ini.

Proses pengkebumian kesemua jenazah itu dikendalikan Pasukan Pengurusan Jenazah (PPJ) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut video dikongsikan akaun TikTok @damai-jawi semalam, sebanyak 74 jenazah Covid-19 telah dikebumikan di tanah perkuburan tersebut pada Jumaat lalu.

Menurut video itu, PPJ Jakim dan Jawi telah menguruskan puluhan jenazah Covid-19 setiap hari daripada hospital dan pusat perubatan sekitar ibu negara.

“Terbaharu, semalam (Jumaat) pasukan kita baru menguruskan 74 jenazah dan paling banyak ialah pada minggu lalu iaitu 93 jenazah dalam tempoh sehari.

“Jadi, sama-sama kita doakan agar jenazah Covid-19 diampunkan oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna aplikasi berkenaan melahirkan rasa sedih dan mendoakan agar PPJ Jakim dan Jawi terus kuat dalam menguruskan jenazah mangsa Covid-19.

Bagi @Anita Abd. Wahab Anni, dia mendoakan agar semua jenazah ditempatkan dalam kalangan orang beriman selain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!