About Me

24 premis dikompaun jual minyak masak botol mahal


PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenakan kompauan terhadap 24 premis kerana didapati menjual harga minyak masak tulen botol melebihi harga maksimum.

Premis itu dikesan berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan yang dilakukan terhadap 8,885 premis di seluruh negara bermula 1 Ogos hingga Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, secara keseluruhannya, hasil pemeriksaan menunjukkan tahap pematuhan peniaga terhadap penguatkuasaan adalah pada tahap baik.

Beliau berkata, daripada 8,885 premis itu, sejumlah 7,779 premis patuh menjual pada harga maksimum yang ditetapkan.

“Manakala, sejumlah 1,082 premis menjual minyak masak sawit tulen botol pada harga lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan walaupun dalam keadaan harga minyak sawit mentah semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Shamsul Nizam berkata, pihaknya menyambut baik dan menggalakkan mana-mana peniaga untuk menjual minyak masak itu pada harga lebih rendah daripada harga maksimum yang telah ditetapkan. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!